CARA NAK KIRA BMI : ANDA KATEGORI KURUS, GEMUK ATAU OBES?




Pada tahun 1832, seorang ahli matematik dari Belgium, Adolphe Quetelet mengilhamkan satu formula yang hari ini dikenali sebagai body mass index (BMI).

BMI (Body Mass Index) atau dikenali sebagai Indeks Jisim Tubuh dalam Bahasa Melayu merupakan satu piawai pengukuran bagi menentukan berat badan yang unggul. Anda cuma perlu tahu berat dan tinggi sahaja.

KENAPA PERLU KIRA BMI?

Jika anda dalam perancangan untuk turunkan berat badan, BMI adalah perkara yang anda perlu dan kena ambil tahu.

BMI akan tunjukkan dimana anda sekarang samaada normal, kurang berat badan, lebih berat badan atau obes!.

Dengan berpandukan BMI ni, senang sikit lah anda yang nak set kan target sejauh mana lagi untuk anda capai berat yang unggul.

Kajian menunjukkan bahawa berat badan yang berlebihan adalah masalah kesihatan yang sangat serius bagi kebanyakan orang. Ini boleh meningkatkan risiko kepada beberapa penyakit yang serius antaranya penyakit jantung, kencing manis (diabetes), darah tinggi, angin ahmar dan kanser.

Untuk kurang berat pula dikaitkan dengan masalah jantung, kurang daya ketahanan tubuh terhadap jangkitan keletihan yang kronik, anemia, kemurungan dan penyakit-penyakit lain juga.


KATEGORI BMI

Secara amnya kaedah pengukuran ini dibahagikan kepada 4 tahap yang setiap satunya mewakili 1 peringkat tertentu. Antara peringkat BMI adalah:-
  • BMI bawah 18.5 = Kurang berat badan
  • BMI antara 18.5 - 24.9 = Mempunyai berat badan yang unggul
  • BMI antara 25 - 30 = Berat badan berlebihan
  • BMI antara 30 atau lebih = Obesiti

BAGAIMANA NAK KIRA BMI

ok ikut formula dibawah ni okay..


Contoh:-

Berat badan : 53kg

Tinggi : 1.6m

1.6 x 1.6 = 2.56

53 bahagi 2.56 = BMI adalah 20.70 **Eh BMI Lyn mempunyai tahap berat yang unggul... ngeh ngeh ngeh...itu berat dan tinggi Lyn, buat contoh untuk pengiraan anda.. jangan marah no....

Klik kat sini tau, Lyn ada cara untuk anda dapatkan berat yang ideal

Kesimpulannya BMI adalah satu ukuran untuk bantu anda miliki berat yang unggul. Jika anda berada dalam kategori kurang berat badan atau obes, lakukanlah sesuatu. Ini bagi mengelakkan sebarang risiko penyakit bahaya.

Kearah kualiti kesihatan yang unggul...

Jom cuci mata sikit.. klik sini tau..

Luv uols...

Premium Beautiful Expert
Lyn Rusli
011-32006718

No comments:

Post a Comment