5 KESAN BURUK TAK JAGA PANTANG LEPAS BERSALIN


JANGAN MAIN-MAIN! TAK KIRALAH ZAMAN DULU KE MODEN KE WAJIB AMBIL TAHU.

Zaman moden la ni ramai orang yang dalam pantang buat tak kisah ja pasal berbengkung, tak jaga makan yang betul, sibuk kemas rumah angkat barang itu ini, uisshhhhh tak boleh dik non oiii memang seriauuu tau. 

Memang kebanyakan kata ok. Takde apa-apa. Boleh buat. Tapi kebanyakan kesan buruk ni bukan terus jadi masa dalam pantang.

Korang tunggu lepas pantang, 3-6 bulan lepas tu ada yang mula mengadu itu ini. Kadang berlarutan kesannya bertahun-tahun kemudian.

Memang ada yang akan cakap. Nak buat macam mana. dah kena berpantang sendiri. Anak-anak yang lain nak sekolah. Tiada siapa uruskan. Plan dik plan. Dari awal. Kalau isu bujet nak upah orang jadi isu, plan la dengan si suami untuk sama-sama bantu.

Bab-bab mengemas memang jangan la kita yang tengah pantang nak buat. Kalau si suami boleh ambil cuti seminggu pertama dalam pantang, ambillah. Sebab kalau berpantang sendiri, kita yang baru bersalin tu hari pertama sampai ke 7 tu memang lemah sangat-sangat. 


1) RAHIM JATUH
Jangan sampai ada isu rahim jatuh, rahim kembang, sejuk, paling teruk terkeluar. Sakit, tak selesa dah satu hal, banyak benda lain lagi yang jadi. kalau yang rahim jatuh, kita nak bergerak pun dah tak selesa. Menahan sakit, lagilah tak boleh buat satu kerja pun. Muka pun dah makin tak berseri, darah tak jalan lancar. 




Belum cerita bila rahim yang jatuh & ada kes terkeluar dari saluran faraj. Bila lepas bersalin otot rahim ni lemah. Bila tak jaga betul-betul, rahim seakan2 melorot kebawah. Kalau yang teruk, sampai keseluruhan rahim terkeluar ke permukaan faraj atau kita panggil TOMBONG. Seremmmmm


2) GANGGUAN KENCING
Kesan lain bila tak jaga pantang untuk rawat dalaman, masalah kekenduran rahim. Apa kesan dia? Susah nak tahan kencing, kerap kencing, sakit waktu kencing, batuk atau ketawa sikit pun boleh terkencing.



3)GANGGUAN HUBUNGAN KELAMIN
Selain tu, hubungan kelamin pun akan terganggu bila masa berlakunya otot faraj longgar. Ini menyebabkan kurang cengkaman & tak kuat bila berhubungan kelamin.Ia boleh mengurangkan rasa nikmat & tidak puas ketika bersama.🙈



4) SAKIT PINGGANG
Sakit pinggang pun boleh terjadi bila tak jaga pantang dengan betul. Ini pun kesan dari rahim jatuh juga. Ia akan beri kesan pada aktiviti harian & juga hubungan kelamin. Melaratkan kesannya. Semuanya sebab tak jaga pantang dengan betul lepas bersalin. Takkan masa mengandung dah rasa sakit pinggang, lepas bersalin pun nak hadap benda yang sama berpanjangan.



5) GANGGUAN KESIHATAN
Kalau tak cukup seriaukan korang, cuba bayangkan ini. Keputihan & lendir yang banyak keluar dan berpanjangan. Ini pun boleh terjadi bila, seluruh rahim terkeluar ke saluran faraj & pintu rahim bergesel dengan seluar dalam. Boleh akibatkan luka pada dinding rahim, jangkitan kuman dan sebagainya.


Jadi, adakah tempoh 44 hari berpantang itu terlalu menyusahkan atau melecehkan? Fikir-fikirkanlah.

LIKE & SHARE SUPAYA RAMAI SAHABAT WANITA KITA BOLEH BACA & SEDAR.

Lyn Rusli
Premium Beautiful Expert

No comments:

Post a Comment